Monday, July 20, 2026

Samsuri bidas Muhyiddin: ‘Tan Sri juga bukan lagi calon PM’

Keutamaan sekarang ialah memperkukuhkan PN dan memantapkan muafakat seluruh negara demi menghadapi pilihan raya dengan lebih bersedia - Ahmad Samsuri

Mesti Baca

DATUK Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini membidas kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau hanyalah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan bukanlah calon Perdana Menteri.

Naib Presiden Pas itu berkata, siapa pun calon Perdana Menteri bukanlah menjadi keutamaan pada masa kini.

“Keutamaan sekarang ialah memperkukuhkan PN dan memantapkan muafakat seluruh negara demi menghadapi pilihan raya dengan lebih bersedia.

“Yang pasti Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bukan lagi calon Perdana Menteri,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Semalam, Muhyiddin menyifatkan pelantikan Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang sebagai Pengerusi PN bukan bermaksud beliau ialah calon Perdana Menteri bagi gabungan berkenaan.

Ahli Parlimen Pagoh itu dipetik berkata, soal mengenai calon Perdana Menteri tidak pernah dibincangkan dan pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN dibuat selepas Pas bertegas mahukannya.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, Majlis Tertinggi PN akur dan melihat keputusan terbabit mungkin kerana ingin memberi ruang dan peluang kepada pemimpin serta tokoh muda.

Untuk rekod, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu serta Ahli Parlimen Kemaman dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu bagi menggantikan Muhyiddin yang meletakkan jawatannya pada 1 Januari lalu.

Bagaimanapun Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dilantik semula namun sebagai Timbalan Pengerusi PN dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN baru-baru ini. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan