Thursday, July 23, 2026

PM merafak sembah sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Kerajaan Perpaduan merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Perak, hari ini.

Anwar menerusi catatan di Facebook turut mendokan agar Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim dan seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat serta hidayah dan berada dalam keadaan sihat, sejahtera serta penuh kedaulatan.

“Mendoakan ke hadrat Allah semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama. Dirgahayu Tuanku,” katanya hari ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan