JOHOR Darul Ta’zim (JDT) hanya tinggal selangkah untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia apabila mara ke final selepas membelasah Perak FC, 8-1, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Kemenangan besar yang diraih di separuh akhir kedua itu menyaksikan skuad Harimau Selatan itu mara dengan agregate 12-2, selepas menang 4-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Perak di Ipoh, 19 Oktober lalu.
Penyandang juara itu tidak menunggu lama untuk mencetak gol pertama apabila pemain sayap, Arif Aiman Hanapi bijak memperdaya tiga pertahanan Perak sebelum melepaskan rembatan leret ke sebelah kanan gawang pelawat.
Anak buah Esteban Solari terus gawang apabila meledak dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Bergson da Silva pada minit ke-27 dan Heberty Fernandes (31′).
Di babak kedua menyaksikan gawang Perak yang dikawal Muhammad Farhan Abdul Majid bolos lima lagi gol.
Penyerang import dari Argentina, Fernando Forestieri meledak gol kempat pada minit ke-52 sebelum Bergson mencetak gol kedua peribadinya pada minit ke-59.
Pemain gantian, Syafiq Ahmad turut menyumbang gol keenam dan ketujuh JDT pada minit ke-61 dan 77 sebelum Heberty meledak gol kelapan tuan rumah pada waktu kecederaan.
Skuad bimbingan Yusri Che Lah itu memperoleh gol saguhati juga pada waktu kecederaan menerusi jaringan Firdaus Ahmad Fuad sekali gus menjadikan kedudukan 12-2 secara agregate. – Edisi 9