25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Meneroka keindahan alam sambil berpuisi

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

BARU-BARU ini telah berlangsung program ‘Mendaki, Tulis dan Terbit Puisi’ di Bukit Melati, Nilai, Negeri Sembilan membabitkan para pelajar dan pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seremban Tiga.

Antara yang mengambil bahagian termasuk mantan Naib Canselor USIM, Datuk Dr Musa Ahmad yang juga peminat alam dan pencinta sastera serta pensyarah UiTM, Dr Dil Froz Jan.

Melalui program tersebut, para peserta selain mendaki Bukit Melati turut dibimbing dalam penghasilan puisi bertemakan ‘Sentuhlah Alam Melalui Seni Kata Puitis’ dengan bimbingan Dr Dil Froz.

Musa dalam ucapannya menggesa para pelajar agar merebut setiap peluang yang ada termasuk mengambil bahagian dalam program-program bermanfaat seperti ini.

“Ada peluang untuk menyertai program seperti ini, pergilah pelajar-pelajar untuk meneroka keindahan alam sebagai seorang penulis,” katanya.

Advertisements

Dr Dil Froz pula berkata, untuk menjadi seorang penulis puisi yang baik mereka perlu mempunyai kebolehan mencari tema yang jelas dalam penulisan mereka.

“Saya harap program pada hari ini dapat memberikan peserta idea untuk mencari tema yang sesuai untuk menulis puisi,” katanya.

Selain berkarya, para peserta juga diberi peluang untuk mendeklamasikan puisi-puisi yang dihasilkan sepanjang pendakian bukit tersebut.

Salah seorang peserta, Iman Wafiah Thoiyibah Mohd Ali menganggap pengalaman yang dilalui sepanjang program tersebut amat berharga terutama dalam berkarya.

“Sebelum ini saya telah banyak menulis tetapi baru hari ini saya dapat mempersembahkannya kepada orang ramai dan saya sangat berbangga dengan kebolehan saya pada hari ini,” kata pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM itu. – Intan Nurul Shuhada Abdul Rais (Pelajar USIM) / Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan