Tuesday, July 21, 2026

Pendidikan tinggi perlu miliki roh, jiwa budaya – Zambry

Tanpa nilai seni dan kesusasteraan, sesebuah negara akan kehilangan makna serta arah jati dirinya - Zambry Abd Kadir

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SISTEM pendidikan tinggi negara perlu diperkasakan dengan roh dan jiwa budaya bagi melahirkan generasi berjati diri, empati dan berperadaban, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa .

Beliau berkata, tanpa nilai seni dan kesusasteraan, sesebuah negara akan kehilangan makna serta arah jati dirinya.

“Sebuah negara tanpa seni adalah negara tanpa empati. Dalam konteks pendidikan tinggi, kita perlu memastikan sistem kita memiliki roh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (Pulara) Ke-11 di Dataran Lumut, Perak malam tadi.

Zambry berkata, festival berteraskan sastera dan budaya seperti Pulara bukan sahaja memupuk semangat cinta akan warisan bangsa, tetapi turut memperkukuh hubungan antara kaum serta memperlihatkan kekayaan kepelbagaian budaya Malaysia.

Menyorot sejarah penganjurannya, beliau berkata, Pulara pernah tersenarai dalam ‘World Congress of Poets’ dan menghimpunkan penyertaan daripada 36 negara, menjadikannya antara festival sastera penting di peringkat antarabangsa.

“Saya berharap Pulara akan terus berkembang menjadi mercu tanda antarabangsa bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Malaysia,” ujar beliau.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, penganjuran Pulara Ke-11 membuktikan bahawa universiti bukan sahaja berperanan dalam bidang akademik, tetapi turut menjadi peneraju dalam memperkasa warisan budaya dan seni rakyat.

“Dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung serta penyertaan pelajar antarabangsa dari 19 negara, Pulara menjadi jambatan yang menyatukan pelbagai latar budaya melalui bahasa puisi dan irama rakyat.

“Inisiatif sebegini memperlihatkan kesepaduan ekosistem pendidikan tinggi negara. 

“UPSI berbangga menjadi sebahagian daripada gerakan besar yang mengangkat semula roh kesusasteraan dan seni budaya Melayu ke persada dunia,” katanya.

Festival Pulara Ke-11 yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Oktober menampilkan 100 persembahan seni budaya daripada pelbagai institusi, serta 50 gerai pameran dan jualan melibatkan 18 institusi pengajian tinggi dan agensi kementerian. — Oleh BAZLI RAZAK/Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan