26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Azman Hashim tawan puncak Kinabalu pada usia 84 tahun

Mesti Baca

USIA bukan penghalang!!

Begitulah semangat yang dilontarkan tokoh korporat negara, Tan Sri Azman Hashim yang telah membuktikan usia hanyalah sekadar angka.

Buat kali kedua, beliau berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, Selasa lalu pada usia 84 tahun.

Kejayaan pendakian sulung beliau ke puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter itu dicapai pada 2010 ketika tokoh perbankan itu berusia 71 tahun.

Bekas Pengerusi Kumpulan AmBank itu berkata beliau mula mendaki pada Isnin (30 Oktober) pada jam 8.45 pagi dan tiba di Laban Rata yang merupakan rumah persinggahan bagi pendakian pada jam 7.15 malam.

Advertisements

Kemudiannya beliau menyambung balik pendakian bermula pada jam 5 pagi keesokan harinya dan sampai di puncak pada pagi hari yang sama.

“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian ini pada usia 84 tahun, bagi saya umur bukanlah penghalang dan percaya dengan semangat dan keazaman yang tinggi, segalanya boleh dicapai,” katanya.

Ditanya mengenai nasihat beliau terutamanya kepada generasi muda, Azman berkata pencapaian ini selanjutnya memberikan contoh komitmen seseorang untuk mengatasi rintangan dan mencapai sesuatu yang baharu dalam setiap usaha.

“Pencapaian ini tanpa diragui menjadi inspirasi buat semua, merentasi semua generasi bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai dan dalam genggaman kita,”katanya.

Azman adalah seorang daripada tokoh dalam bidang perbankan, yang mula menceburi dalam sektor ini sekitar tahun 1960-an dan dengan kekuatan semangat keusahawanannya, beliau menjadi pemacu utama pertumbuhan Kumpulan Ambank sejak 1982. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan