27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

PM tiba di Istanbul untuk bertemu Erdogan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istanbul awal pagi tadi bagi mengadakan lawatan kerja selama dua hari di Turkiye, bermula hari ini.

Anwar diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan delegasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada pukul 10.45 malam waktu tempatan (pukul 3.45 pagi Ahad waktu Malaysia).

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi kenyataan berkata, Perdana Menteri dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, hari ini.

“Agenda utama adalah membincangkan usaha bersama antara Malaysia dan Türkiye bagi menyumbang ke arah penyelesaian krisis Palestin-Israel yang semakin meruncing,” katanya.

Selepas pertemuan bersama Erdogan, Perdana Menteri akan melakukan lawatan sulung ke Mesir dan bertemu rakan sejawatnya, Abdel Fattah al-Sisi.

Advertisements

“Ia bagi membincangkan konflik Palestin-Israel terutamanya dalam usaha menghentikan segera pertempuran dan pembukaan koridor kemanusiaan untuk penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza melalui pintu sempadan Rafah-Gaza,” jelasnya.

Perdana Menteri juga akan mengadakan kunjungan ke atas Imam Besar Al-Azhar, Prof. Dr. Sheikh Ahmed Mohamed Ahmed El-Tayeb,.

“Kedua-dua lawatan kerja tersebut mencerminkan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi mengenai isu Palestin.

“Ini khususnya bagi meringankan penderitaan dan kesengsaraan dialami rakyat Palestin akibat krisis di Semenanjung Gaza yang mash berterusan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan