26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

EPL: Arsenal bangkit ikat Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA mensia-siakan kelebihan dua gol yang dimiliki apabila membenarkan Arsenal bangkit menyamakan kedudukan dalam tempoh 15 minit terakhir perlawanan sekali gus mencatat keputusan seri, 2-2, di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Beraksi dalam keadaan padang licin kerana hujan lebat, The Blues dihadiahkan sepakan penalti apabila tandukan Mykailo Mudryk terkena tangan William Saliba.

Rekrut musim panas dari Manchester City, Cole Palmer yang ditugaskan menyambil sepakan mudah menewaskan David Raya di gawang Gunners untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Chelsea tambah selesa apabila Mudryk menggandakan pada minit ke-48 menerusi percubaan dari sayap kiri selepas melihat raya keluar dari posisinya.

Advertisements

Palmer hampir menambah gol ketiga tuan rumah apabila berjaya memintas hantaran Raya namun percubaannya dihalang penjaga gol Sepanyol itu.

Minit ke-77 merupakan titik kebangkitan Arsenal apabila penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez melakukan kesilapan apabila hantarannya dipintas Declan Rice yang terus merembat ke arah pintu gol yang kosong untuk merapatkan jurang, 2-1.

Pemain gantian, Leandro Trossard melengkapkan kebangkitan Gunners menerusi gol penyamaan pada minit ke-84 apabila menolak masuk hantaran Bukayo Saka untuk memastikan satu mata di curi dari Stamford Bridge.

Arsenal kini berada di tangga kedua liga dengan 21 mata, terikat dengan Tottenham Hotspurs di puncak namun musuh setempat itu beraksi kurang satu perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan