28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

EPL: City dalam kelas berbeza benam United 3-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City membuktikan mereka berada dalam kelas berbeza berbanding Manchester United selepas membenam musuh setempat itu 3-0, di Old Trafford, awal pagi tadi.

Erling Haaland menjadi watak penting buat The Citizen apabila meledak dua gol serta satu bantuan jaringan bagi memastikan skuad bimbingan Pep Guardiola itu terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspurs.

Dalam aksi di Old Trafford, penjaga gol United, Andre Onana berjaya menyelamatkan dua percubaan berturut-turut oleh Phil Foden dan Haaland pada minit ketujuh.

Penjaga gol itu terus cemerlang apabila menepis percubaan dari luar kawasan penalti Jack Grealish pada minit ke-20.

Bagaimanapun, tiga minit berselang, pelawat dihadiahkan sepakan penalti selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati Rasmus Hojlund menarik Rodri dalam kawasan penalti.

Advertisements

Haaland yang ditugaskan mengambil sepakan mudah menyepak masuk ke sebelah kanan gawang ketika Onana merebahkan badan ke arah bertentangan.

Peluang terbaik United tiba pada waktu kecederaan babak pertama menerusi Hojlund namun percubaan penyerang antarabangsa Denmark itu ditepis keluar penjaga gol, Ederson.

City menggandakan jaringan hanya empat minit selepas perlawanan bersambung apabila Haaland yang tidak dikawal mudah menanduk masuk hantaran silang Bernando Silva.

Foden melengkapkan kemenangan City pada minit ke-80 apabila menyudahkan hantaran Haaland sekali gus membawa pulang tiga mata penuh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan