34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Inter kembali rampas tahta Serie A

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

INTER Milan kembali merampas tahta Serie A daripada Juventus selepas menang tipis, 1-0 ke atas AS Roma di San Siro, awal pagi tadi.

Skuad The Old Lady itu sebelum ini mara ke tangga teratas liga selepas menundukkan Hellas Verona juga dengan 1-0 hasil jaringan waktu kecederaan Andrea Cambiasso.

Namun, Inter yang dibimbing Simone Inzaghi meraih tiga mata penting apabila penyerang, Marcus Thuram menjaringkan gol pada 10 minit terakhir bagi meletakkan Nerazzurri di tempat yang sepatutnya.

Aksi di San Siro itu turut memperlihatkan penyerang Roma, Romelu Lukaku diejek penyokong Inter susulan tindakan pemain itu menolak menyertai kelab tersebut pada musim panas lalu.

Inter terlepas peluang berharga pada minit kelima apabila percubaan dari luar kawasan penalti sekadar singgah di palang.

Minit ke-15 menyaksikan penjaga gol Roma, Rui Patricio bertindak cemerlang apabila menyelamatkan percubaan jarak dekat Thuram.

Advertisements

Pelawat memperoleh peluang terbaik meledak gol pada minit ke-66, namun tandukan Brian Cristante berjaya ditepis keluar penjaga gol Inter, Yann Sommer.

Namun, Thuram yang ditandatangani pada musim panas lalu muncul wira Inter apabila meledak gol kemenangan selepas menolak masuk hantaran silang Federico Dimarco pada minit ke-81.

Carlos Agusto terlepas peluang menggandakan jaringan selepas percubaannya dari jarak jauh singgah di palang gol ketika Patricio hanya mampu memerhati.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Serie A menyaksikan Napoli bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat AC Milan di Stadium Diego Armando Maradona.

Rossoneri memperoleh dua gol dalam tempoh sembilan minit menerusi Olivier Giroud sebelum Napoli menyamakan kedudukan di babak kedua hasil jaringan Matteo Politano dan Giacomo Raspadori. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas kakitangan Utusan dapat persetujuan Mahkamah Persekutuan

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan