27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Serie A: Juventus ungguli ‘Derby d’Italia’

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JARINGAN tunggal pemain tengah, Manuel Locatelli sudah cukup untuk memastikan Juventus membawa pulang tiga mata penuh selepas menjinakkan AC Milan, 1-0 dalam pertembungan Derby d’Italia, di San Siro, awal pagi tadi.

Aksi di kota metropolitan Milan itu bermula perlahan namun, lima minit sebelum babak pertama ditamatkan segalanya berubah secara drastik.

Ini selepas pertahanan Rossoneri, Malik Thiaw dibuang padang pada minit ke-40 selepas dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Moise Kean yang berada dalam posisi menjaringkan gol.

Kelebihan beraksi dengan kelebihan seorang pemain dimanfaatkan The Old Lady apabila mencipta deretan sebaik sahaja wisel permulaan babak kedua ditiup pengadil.

Advertisements

Usaha Juventus berhasil pada minit ke-63 apabila rembatan jarak jauh Locatelli terkena Rade Krunic sebelum menerjah masuk gawang tuan rumah ketika penjaga gol, Antonio Mirante terlebih dahulu merebahkan badan ke arah kiri.

Kemenangan itu meletakkan Juventus di tangga ketiga Serie A dengan 20 mata, satu mata di belakang Milan selepas sembilan perlawanan.

Sementara itu, Inter Milan kini di puncak liga selepas merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Torino, Sabtu lalu.

Milan akan meneruskan aksi Liga Juara Juara Eropah Rabu ini apabila bertandang ke Paris untuk menentang Paris Saint-Germain (PSG) sebelum ke Naples pada Ahad bertemu penyandang juara, Napoli. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan