25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Skandal syarikat penerbangan: Polis tahan seorang lagi suspek

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lagi suspek disyaki terlibat dengan skandal sebuah syarikat penerbangan di Bangsar, ibu negara, pada awal pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, lelaki berusia 40-an itu akan dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, Kuala Lumpur untuk tahanan reman pada jam 10 pagi ini.

“Sementara itu, reman suspek utama bergelar ‘Datuk’ tamat pada hari ini dan akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Setakat ini JSJK PDRM telah merampas 12 buah kenderaan dari dua suspek, dokumen berkaitan i-Serve Technology dan Vacation Sdn Bhd, enam jam tangan mewah, 8 beg tangan mewah, dua komputer riba, satu CPU dan 10 items barang kemas.

“Siasatan masih diteruskan dengan fokus semakan dokumen penting dalam transaksi perniagaan i-Serve,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Ramli berkata sejak siasatan bermula, pihaknya telah membekukan lebih 15 akaun bank milik individu terbabit berjumlah hampir RM5 juta.

Pada Selasa lepas, media melaporkan polis telah menahan ahli perniagaan berusia 57 tahun bergelar ‘Datuk’ itu bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, di rumah mereka di Shah Alam, Selangor.

Terdahulu, reman seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan yang ditahan pada 17 Oktober lepas itu dilanjutkan hingga Isnin.

Bagaimanapun, isteri dan anak lelaki ahli perniagaan itu dibebaskan.

Kes disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan