25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Florenzi dikaitkan dengan skandal perjudian di Itali

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERTAHANAN AC Milan, Alessandro Florenzi dilaporkan menjadi pemain Itali terbaharu yang disiasat pihak berkuasa berhubung aktiviti perjudian haram dalam bola sepak.

Bola sepak Itali dikejutkan dengan dengan skandal sama bulan lalu apabila tiga pemain, Sandro Tonali dan Nicolo Fagioli dan Nicolo Zaniolo disiasat oleh pendakwa raya dan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).

Tonali dan Fagioli kedua-duanya digantung selama 10 dan tujuh bulan dengan Tonali dilapor mengakui bertaruh dalam perlawanan membabitkan bekas kelabnya, AC Milan.

Sementara itu, Zaniolo pula membuat rayuan dan meminta agar diberikan pembebasan penuh selepas menyatakan dia hanya bertaruh dalam judi atas talian permainan black jack dan poker sahaja.

Advertisements

Bagaimanapun dalam kes Florenzi, pemain pertahanan itu disiasat dan dan didakwa atas pertuduhan yang sama seperti Zaniolo.

Ini bermakna, pemain berusia 32 tahun itu disiasat dalam pertaruhan di atas talian berbanding pertuduhan pertaruhan dalam perlawanan bola sepak.

Untuk rekod, pemain bola sepak dilarang bertaruh dalam sebarang perjudian dan jika Florenzi didapati bersalah, pemain tersebut mungkin hanya akan dikenakan denda sahaja. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan