31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

UCL: Milan masih mencari kemenangan pertama

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AC MILAN masih mencari kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara Juara Eropah (UCL) musim ini selepas tewas 3-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG), dalam aksi Kumpulan F, di Parc des Princes, awal pagi tadi.

Lebih mendukacitakan, kekalahan tersebut dicatat pada perlawanan ke-200 yang dikendalikan pengurus, Stefano Pioli.

Skuad Rossoneri itu juga sehingga kini gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan pertama peringkat kumpulan dengan kali terakhir Milan menjaringkan gol di kejohanan Eropah adalah pada aksi suku akhir musim lalu ketika menentang Napoli.

Dan aksi di Paris awal pagi tadi menyaksikan perbezaan ketara kedua-dua pasukan dengan PSG lebih banyak mendominasi perlawanan dan serangan terutama menerusi trio, Ousmane Dembele-Randal Kolo Muani-Kylian Mbappe.

Pemain muda berusia 17 tahun, Warren Zaïre-Emery bijak mencuri bola dari kaki Tijjani Reijnders sebelum menghantar kepada Mbappe dan disudahkan penyerang Perancis itu untuk meletakkan PSG di depan pada minit ke-32.

Advertisements

Pada minit ke-48 menyaksikan gol Dembele dibatalkan video bantuan pengadil (VAR) selepas Manuel Ugarte didakwa mengasari Yunus Musah ketika gerakan gol tersebut.

Namun, lima minit berselang, tuan rumah berjaya menggandakan jaringan apabila Kolo Muani mudah menolak masuk bola tepisan penjaga gol, Mike Maignan yang betul-betul singgah di depannya.

Pemain Korea Selatan, Lee Kang-in melengkapkan kemenangan bergaya PSG dengan gol ketiga pada minit ke-89 menerusi hantaran satu dua bersama Zaïre-Emery.

PSG kini di tangga teratas Kumpulan F dengan enam mata, meninggalkan Borussia Dortmund dan Newcastle di tempat kedua dan ketiga dengan empat mata.

Milan kekal di tangga terbawah dengan dua mata, hasil dua keputusan seri tanpa jaringan dalam dua perlawanan terdahulu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan