32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Dembele ledak gol sulung bantu PSG belasah Monaco

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

OUSMANE Dembele menamatkan kemarau jaringan sejak menyertai Paris Saint Germain (PSG) musim panas lalu apabila meledak satu gol ketika menewaskan AS Monaco, 5-2 dalam aksi Ligue 1, awal pagi tadi.

Gol tersebut hanya terhasil selepas penampilan ke-12 pemain sayap Perancis itu bersama PSG sejak berhijrah ke Parc des Princes, Ogos lalu.

“Ia sangat baik. Saya gembira tetapi yang paling penting pasukan dapat meneruskan momentum kemenangan.

“Saya tidak mempersoalkan dan terlalu memikirkan apabila saya tidak jaringkan sebarang gol. Jadi saya, berusaha keras biarpun selalunya nasib tidak menyebelahi saya,” kata Dembele kepada Prime Video selepas perlawanan.

Dalam aksi di Parc des Princes, PSG mendahului pada minit ke-18 apabila Goncalo Ramos menolak masuk bola muntah dari dakapan penjaga gol, Philipp Kohn.

Advertisements

Namun, tidak lama kemudian, pelawat bangkit menyamakan kedudukan apabila kesilapan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma dihukum Takumi Minamino yang merembat masuk melepasi penjaga gol tersebut.

Penyerang sensasi, Kylian Mbappe kembali meletakkan PSG di depan pada minit ke-39 menerusi sepakan penalti.

Dembele meledak gol ketiga tuan rumah ketika berbaki 20 minit perlawanan sebelum Vitinha menjadi kedudukan 4-1 menerusi rembatan cantik pada minit ke-72.

Folarin Balogun meledak gol kedua Monaco pada minit ke-75 apabila menyudahkan hantaran lolos Minamino namun Randal Kolo Muani memastikan kemenangan besar PSG apabila meledak gol kelima pada waktu kecederaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan