25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Neymar lengkapkan perpindahan RM459.6 juta ke Al-Hilal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BINTANG sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Neymar melengkapkan perpindahan ke Liga Arab Saudi bersama Al-Hilal dengan yuran perpindahan sebanyak RM459.6 juta.

Neymar meninggalkan PSG selepas bersetuju dengan tawaran kontrak selama dua tahun untuk menyertai kelab milik Public Investment Fund (PIF) dengan gaji RM766 juta setahun.

Terdahulu, penyerang itu menolak peluang dipinjamkan ke kelab lamanya, Barcelona dengan opsyen pembelian tetapi musim depan.

Neymar mempunyai baki kontrak sehingga 2027 di Parc des Princes namun mengambil keputusan mencuba pengalaman baharu pada usia 31 tahun.

Advertisements

Pemain kebangsaan Brazil itu merupakan pemain bertaraf bintang terbaharu berhijrah ke Arab Saudi selepas Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Sadio Mane.

Al-Hilal sebelum ini mencuba mendapatkan Kylian Mbappe namun gagal, biarpun penyerang itu tidak mempunyai hubungan baik dengan kelab Perancis tersebut pada ketika itu.

Kehadiran Neymar di kelab yang berpangkalan di Riyadh itu menyaksikan Neymar akan bergandingan dengan beberapa muka baharu yang direkrut dari Eropah.

Antaranya termasuk Ruben Neves dari Wolverhampton Wanderers, Kalidou Koulibaly (Chelsea), Sergej Milinkovic-Savic (Lazio) dan Malcom (Zenit St. Petersburg).

Advertisements

Terkini

Safiq Rahim pula jadi mangsa keganasan bola sepak

MAKIN menjadi-jadi. Selepas dua pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim menjadi mangsa serangan individu tidak bertanggungjawab...

Lagi Artikel Berkaitan