25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

UCL: Barca belasah Antwerp, PSG atasi Dortmund

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARCELONA memberikan amaran bahawa mereka merupakan pesaing utama kejuaraan Liga Juara Juara Eropah (UCL) apabila memulakan kempen dengan kemenangan besar, 5-0, ke atas Royal Antwerp.

Turun beraksi di Nou Camp, skuad bimbingan Xavi Hernandez itu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan leret Joao Felix pada minit ke-11.

Penyerang prolifik, Robert Lewandowski menggandakan jaringan pada minit ke-19 selepas menolak masuk bola hantaran lambung Felix untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Raphinha melebarkan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-22 selepas hantaran silangnya terkena pertahanan Antwerp sebelum melambung menerjah gawang ketika Jean Butez sudah pun tertewas.

Pemain muda, Gabi menjadikan kedudukan 4-0 apabila melepaskan rembatan padu dari dalam kawasan penalti sebelum Felix melengkapkan kemenangan besar 5-0 apabila menanduk masuk hantaran Raphinha.

Achraf Hakimi menggelecek pertahanan Dortmund sebelum meledak gol kedua PSG dalam aksi peringkat kumpulan UCL, di Parc des Princes, awal pagi tadi. – Edisi9/PSG

Sementara itu, kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) tidak berdapan masalah mengenepikan cabaran Borussia Dortmund apabila menang 2-0 di Parc des Princes.

Kylian Mbappe meletakkan Le Parisien pada minit ke-49 menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan, Niklas Sule.

Achraf Hakimi menggandakan jaringan buat skuad bimbingan Luis Enrique apabila memperdaya pertahanan Dortmund sebelum melepaskan rembatan melepasi penjaga gol, Gregor Kobel. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan