28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Gavi terpaksa berehat panjang angkara ACL

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARCELONA mengesahkan pemain muda berbakat besar, Gavi mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ketika tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Sepanyol, Ahad lalu.

Pemain berusia 19 tahun itu diusung keluar padang pada minit ke-26 ketika aksi menentang Georgia di Estadio Jose Zorilla dengan memegang lututnya kanannya.

Pengendali skuad kebangsaan Sepanyol, Luis de la Fuente menggelarkan kecederaan yang dialami Gavi sebagai ‘bahagian yang hodoh’ dalam bola sepak.

“Ini saat yang sangat sukar buat Gavi, Barcelona, pasukan kebangsaan dan saya, seolah-olah kami tewas perlawanan tersebut,” kata pengendali berusia 62 tahun itu.

Advertisements

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) mengesahkan pemain tengah tersebut menjalani pemeriksaan dan menyatakan Gavi mengalami kecederaan lutut yang serius.

Kecederaan itu pastinya memberikan tamparan hebat buat Sepanyol yang mana peluang Gavi untuk menyertai Kejohanan Eropah (Euro) 2024 dan Sukan Olimpik Paris tampak samar.

Menurut laporan Mundo Deportivo, Barcelona berang dengan keputusan Sepanyol menyeraikan pemain tersebut dalam perlawanan tersebut biarpun skuad La Roja telah terlebih dahulu layak ke Euro 2024.

Mereka menyifatkan ia sebagai satu kehilangan besar buat kelab musim ini biarpun bakal mendapat pampasan atas kecederaan yang menimpa Gavi ketika tugasan antarabangsa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan