28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Messi mungkin kembali ke Barcelona Januari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG lagenda, Lionel Messi dilaporkan bakal menyertai Barcelona pada Januari ini selepas kelabnya, Inter Miami gagal layak ke pusingan play-off Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat (AS).

Ini susulan kekalahan tipis 1-0 Miami kepada Cincinatti semalam sekali gus menyaksikan kelab tersebut gagal menempatkan diri dalam kedudukan sembilan kelab terbaik bagi Eastern Conference MLS.

Prestasi hambar kelab tersebut juga dicatatkan susulan ketiadaan Messi yang terlepas lima perlawanan gara-gara kecederaan bahagian kaki.

Dalam musim pertamanya di AS, Messi berjaya meledak 11 gol dalam 13 perlawanan dengan kebanyakan golnya direkodkan dalam kejohanan Piala Liga.

Justeru, dengan Miami yang akan berehat daripada sebarang kejohanan sehingga akhir musim, Messi kini hangat diperkatakan dengan kepulangan semula ke Nou Camp secara pinjaman.

Advertisements

Messi merupakan produk akademi La Masia dan lagenda Barcelona telah memenangi sembilan kejuaraan La Liga, tujuh Copa del Rey, empat Liga Juara Juara Eropah (UCL) dan tujuh trofi Ballon d’Or.

Kapten Argentina itu juga menjaringkan 673 gol untuk Barcelona dengan 72 daripadanya terhasil dalam musim menakjubkan pada 2011-12.

Untuk rekod, kelab Catalan tersebut berminat menandatangani Messi sebelum pemain itu berhijrah ke AS namun perpindahan tersebut tidak dapat direalisasikan kerana masalah kewangan yang melanda Barcelona.

Messi bukan pemain pertama dari MLS kembali ke Eropah jika perpindahannya dimuktamadkan. Ini kerana Thierry Henry pernah kembali ke Arsenal secara pinjaman ketika beraksi untuk New York Red Bulls. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan