26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

EPL: Gol Dunk nafi kemenangan Liverpool

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

GOL jaingan kapten Brighton, Lewis Dunk pada babak kedua menafikan kemenangan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2, malam tadi.

Dalam aksi di Stadium Amex, Brighton mendahului selepas 20 minit apabila Simon Adingara memintas hantaran Virgil van Dijk sebelum melepaskan rembatan melepasi Allisson yang berada di luar posisinya.

The Reds bagaimanapun bangkit apabila meledak dua gol dalam tempoh enam minit, kedua-duanya disumbangkan Mohamed Salah.

Gol penyamaan terhasil menerusi gerakan serangan balas pantas skuad bimbingan Jurgen Klopp pada minit ke-40 apabila Salah menyempurnakan hantaran Darwin Nunez untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Liverpool dihadiahkan sepakan penalti selepas Pascal Gross menarik Dominik Szoboszlai dalam kawasan penalti pada minit ke-44.

Advertisements

Salah yang ditugaskan mengambil sepakan tidak berdepan masalah menyempurnakan tugasan.

Untuk rekod, itu merupakan gol ke-144 Salah dalam EPL menyamai rekod yang Robin van Persie.

Ryan Gravenberch terlepas peluang menggandakan jaringan pada minit ke-53 apabila dia yang tidak dikawal gagal menolak masuk hantaran silang Szoboszlai selepas sepakannya hanya mengenai palang.

Brighton akhirnya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-79 apabila Dunk menolak masuk sepakan percuma Solly March untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan