31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Arteta dituduh rosakkan imej Arsenal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Naib Pengerusi Arsenal, David Dein menuduh Mikel Arteta telah merosakkan imej kelab dan pengruus itu perlu dikenakan tindakan disiplin selepas rungutan mengenai video bantuan pengadil (VAR) yang mengarut.

Pengurus berbangsa Sepanyol itu kerap mengomel susulan kekalahan 1-0 The Gunners kepada Newcastle United terutama apabila VAR membenarkan gol kemenangan jaringan Anthony Gordon.

Arteta kemudiannya melabel VAR sebagai memalukan dan sangat mengaibkan apabila gagal mengesan tiga isu utama dalam penghasilan gol berkenaan.

Arsenal bagaimanapun mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan pengurus mereka namun Dein menegaskan jika dia masih di kelab, situasi berlawanan pasti akan berlaku.

bercakap kepada talkSPORT, Dein berkata, beliau percaya Arteta seharusnya menerima kekalahan tersebut dan reaksi yang ditunjukkan pengurus itu adalah tidak wajar.

Advertisements

“Dalam 101 minit perlawanan dan hanya mencatatkan satu cubaan ke arah gol, jadi kamu tidak seharunya berkata pasukan kami seharusnya menang.

“Ini adalah sesuatu yang tidak diperlukan. Saya tidak fikir imej ini baik untuk mana-mana kelab,” katanya.

Ditanya adakah perkara seperti ini berlaku ketika beliau berada di Highbury antara 1983 hingga 2007, Dein berkata ianya tidak pernah berlaku.

“Tetapi kami dalam perlawanan yang cukup beremosi dan inilah yang berlaku. Saya fikir malang kamu harus mengharungi dan belajar daripadanya,” kata Dein. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan