25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Piala Liga: United tersungkur di Old Trafford

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United tersingkir daripada saingan Piala Liga Carabao selepas tewas mengejut kepada skuad ‘simpanan’ Newcastle United, 3-0, di Old Trafford, awal pagi tadi.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut Red Devils dengan rekod jaringan yang sama selepas tumpas kepada kelab jiran, Manchester City, Ahad lalu.

Kekalahan tersebut telah membawa kepada insiden ejekan daripada penyokong United selepas tamat permainan kerana kekecewaan berikutan keputusan hambar yang dicatat skuad bimbingan Erik ten Hag itu.

Dalam aksi awal pagi tadi, Tino Livramento melakukan larian bijak dari kawasan sendiri dan melepasi kawalan Mason Mount dan Hannibal Mejbri sebelum melakukan umpanan kepada Miguel Almiron.

Pemain tengah Uruguay itu yang tidak dikawal mudah menolak masuk gol pertama pelawat melepasi kawalan Andre Onana pada minit ke-28.

Advertisements

Belum sempat United memperkemaskan benteng pertahanan, gawang mereka bocor lagi dan kali ini menerusi jaringan rekrut musim panas dari Chelsea, Lewis Hall.

Bermula daripada hantaran silang Joe Willock, bola tersebut ditanduk keluar Harry Maguirre namun tepat ke kaki Hall yang kemudiannya melepaskan sepakan voli ke sebelah kanan gawang United.

Minit ke-60 menyaksikan giliran Willock mencetak nama sebagai penjaring apabila melepaskan rembatan leret ke sebelah kanan gawang, hasil daripada gerakan serangan balas pantas.

Newcastle bertandang ke Stamford Bridge bagi aksi suku akhir selepas diundi bertemu Chelsea, yang menewaskan Blackburn Rovers, 2-0.

Gol-gol Chelsea disumbangkan oleh Benoit Badiashile dan Raheem Sterling pada setiap babak, sekali gus meredakan tekanan kepada pengurus, Mauricio Pochettino. – Edisi9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan