26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Benar anak 15 tahun memandu, bapa disaman

Mesti Baca

AKIBAT membenarkan anak lelakinya di bawah umur memandu kenderaan miliknya sehingga kemalangan di Kilometer 1 Jalan Bahau-Juasseh,  polis mengeluarkan saman terhadap seorang bapa.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, saman itu dikeluarkan mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

Menurutnya, kejadian pada jam 10.15 malam itu membabitkan remaja berusia 15 tahun memandu kereta jenis Nissan Almeera seorang diri dari arah Juasseh menghala ke Bahau, Negeri Sembilan.

“Setiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit telah hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan.

“Ia kemudian melanggar pagar serta tiang lampu tepi jalan sebelum masuk dalam laluan Jalan Pusat Perniagaan Kiara,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tiang lampu berkenaan terjatuh mengenai dua buah kenderaan yang diletakkan di kotak parkir di pusat perniagaan itu berdekatan kawasan kemalangan berlaku.

Advertisements

“Berikutan itu, kereta dipandu remaja terbabit mengalami kerosakan teruk pada keseluruhan kenderaannya dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Kes ini seterusnya disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati semua pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak-anak tidak memandu kenderaan tanpa mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya.

Terdahulu, tular di sosial media Facebook berlaku kemalangan berhampiran pusat perniagaan berkenaan dengan keadaan kereta terbalik. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan