Monday, July 20, 2026

Terima kasih Amad, Garnacho atas ‘jari tengah’ MU…

Malangnya sampah-sampah dalam kalangan pemain MU sendiri telah mencemarkan keagungan kelab berpangkalan di Old Trafford tersebut.

Mesti Baca

TERIMA kasih Amad Diallo dan Alejandro Garnacho kerana menghadiahkan kami peminat MU di Malaysia dengan jari tengah. 

Maka fahamlah kami kenapa kelab bola sepak kesayangan kami ini mencatatkan prestasi terburuk musim ini.

Ia bukan disebabkan Ruben Amorim selaku pengurus pasukan atau pemilik kelab tetapi kerana sikap para pemain MU sendiri yang sombong, bongkak, tidak berdisplin serta langsung tidak menghargai dan menghormati penyokong serta peminat mereka.

Aku percaya 72,550 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam Rabu lepas bukan kerana Amad atau Garnacho tetapi kerana Manchester United, sebuah kelab bola sepak ternama yang dihormati kawan dan lawan.

Malangnya sampah-sampah dalam kalangan pemain United sendiri telah mencemarkan keagungan kelab berpangkalan di Old Trafford tersebut.

Ya, kehadiran para pemain kelab tersebut ke Malaysia bagai terpaksa, tanpa ada jiwa dan perasaan apa lagi keterujaan. 

Kami faham mereka keletihan kerana sejurus menamatkan aksi terakhir liga bertemu Aston Villa, mereka terbang ke Kuala Lumpur.

Tapi tidak bolehkah mereka menunjukkan sikap profesional di hadapan peminat dan penyokong mereka yang datang dari setiap pelosok rantau Asia Tenggara?

Berbeza dengan ribuan penyokong yang membanjiri SNBJ hadir dengan penuh rasa keterujaan untuk melihat sendiri para pemain kelab kesayangan mereka beraksi di depan mata. 

Ironinya keterujaan dan pengorbanan peminat mereka yang sanggup berhabis wang membeli tiket seharga antara RM115 hingga RM1,500 serta tiket penerbangan dari Jakarta, Bangkok, Manila dan lain-lain langsung tidak dihargai oleh para pemain MU.

Beraksi menentang ASEAN All Star tanpa kesungguhan, sesi bertemu peminat dengan wajah mencuka dan lebih pedih apabila diberikan jari tengah kepada mereka yang menunggu di luar stadium.

Sungguh, suasana kali ini tidak seperti ketika kehadiran MU pada tahun 2015 lalu biarpun ketika itu kelab sedang berada di puncak prestasi. 

Jadi bagi aku cukuplah. Mulai hari ini aku secara peribadi tidak lagi memberi sokongan kepada kelab yang pernah melahirkan David Beckham, Ronaldo dan Wayne Rooney ini kerana hari ini MU dipenuhi sampah-sampah perosak kelab.

Aku akan kembali memberi sokongan kepada MU setelah sampah-sampah ini dicampak keluar dari Old Trafford. 

Selamat tinggal MU, pergi jahanam Amad & Garnacho!

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan