25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Leipzig pertimbang jual Werner

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS penyerang Chelsea, Timo Werner dilapor akan kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Januari selepas majikannya, RB Leipzig mengumumkan sedia melepas pemain tersebut.

Werner menyinar ketika musim pertama di Leipzig sebelum berhijrah ke Stamford Bridge dengan yuran perpindahan sebanyak RM272.8 juta pada 2020.

Namun, penyerang prolifik itu bergelut di kelab barat London itu dengan hanya mencetak 10 gol dalam 56 penampilan di EPL sebelum dibenarkan kembali ke kelab asalnya pada musim lalu.

Bagaimanapun, sekembalinya ke Leipzig bukan semudah yang disangka apabila pengurus, Marco Rose kini mempunyai lebih opsyen di bahagian serangan menerusi Lois Openda, Benjamin Sesko dan Yussuf Poulsen.

Advertisements

Situasi tersebut nyata membuatkan Werner tidak selesa ditambah dengan kenyataan pengarah sukan kelab, Rouven Schroder yang bersedia mendengar tawaran bagi melepaskan penyerang berusia 27 tahun itu.

Susulan itu, kelab milik Public Investment Fund (PIF) dari Arab Saudi, Newcastle United dilaporkan berminat membawa penyerang itu ke St. James Park dengan tawaran gaji lebih rendah berbanding di Leipzig.

Bagaimanapun, penyerang tersebut dilapor bersedia dengan pengurangan gaji untuk kembali beraksi di EPL sambil kelab gergasi Itali, Juventus juga dilaporkan mengintai peluang untuk mendapatkan Werner.

Untuk rekod, pada musim pertama selepas kembali menyertai Leipzig, Werner meledak 16 gol dalam 40 penampilan dalam kesemua kejohanan namun bergelut musim ini dengan hanya dua gol dalam 13 perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan