28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

38,200 liter diesel bersubsidi dirampas di jeti persendirian

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 38,200 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM82,130 yang cuba diseleweng berjaya dirampas pihak berkuasa menerusi satu serbuan di jeti persendirian di Pasir Panjang, Port Dickson, Sabtu lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, serbuan menerusi Op. Tiris itu turut melibatkan Pasukan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

“Ketika serbuan, didapati berlakunya aktiviti pemindahan diesel yang disyaki bersubsidi dari lori tangki ke atas kapal MT Aliya Sari yang berada di jeti dalam kawasan premis tersebut.

“Pemeriksaan menyeluruh ke atas kapal mendapati terdapat empat individu yang kemudiannya mengaku sebagai pekerja berada di atas kapal tersebut.

Advertisements

“Satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu/syarikat yang terlibat serta rantaian pengedaran diesel tersebut termasuklah sumber minyak diesel in diperoleh dan diedarkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Zahir berkata, turut dirampas adalah sebuah lori tangki berkapasiti 40,000 liter, dua unit pam bermeter berserta hos, dua unit motor pam berserta hos serta sebuah kapal jenis tangki yang menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM782,100.

Katanya, tiga lelaki warga tempatan dan lima lelaki warga asing yang merupakan pekerja di atas kapal, pemandu lori dan pekerja di jeti tersebut ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN ingin memberikan penekanan bahawa komitmen kementerian adalah serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam sindiket dan aktiviti penyeludupan/penyelewengan barangan bersubsidi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan