Tuesday, July 21, 2026

Stor haram seleweng LPG bersubsidi bernilai RM200,000 digempur

Premis dijadikan stor haram untuk menjalankan aktiviti memindahkan LPG bersubsidi yang ke dalam tong LPG berkapasiti 50kg bagi kegunaan industri. 

Mesti Baca

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) berjaya menumpaskan satu aktiviti penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) di sebuah premis di Jalan Kampung Jawa, Shah Alam, Selangor pada 14 Mac lalu.

Ketua Pengarah KPDN, Datuk Azman Adam berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 7 petang hasil risikan selama tiga minggu sebelum operasi dilancarkan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal ke atas lokasi serbuan mendapati premis itu dijadikan stor haram untuk menjalankan aktiviti decanting iaitu merupakan aktiviti pemindahan LPG bersubsidi yang digunakan untuk isi rumah ke dalam tong LPG berkapasiti 50kg bagi kegunaan industri. 

“Sebanyak 608 tong LPG telah disita melibatkan jumlah rampasan LPG dianggarkan sebanyak 5,864kg bernilai RM14,565. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan melebihi RM200,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya  turut menahan tiga warga tempatan dan seorang warga asing berusia 24 hingga 45 tahun yang merupakan pekerja di premis tersebut untuk membantu siasatan.

Premis tersebut disyaki telah beroperasi selama dua bulan.

Azman berkata, peralatan seperti hos penyambung ditemui dan dipercayai digunakan dalam aktiviti decanting selain  beberapa peralatan yang digunakan untuk kegiatan ini serta buah lori telah disita untuk tujuan siasatan lanjut. 

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] iaitu memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan,” katanya.

Selain itu, syarikat itu juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 20010) [Akta 613]. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan