Sunday, July 19, 2026

Penstrukturan semula subsidi telur berjaya lonjak bekalan – KPKM

Sejak penstrukturan semula subsidi telur, pihak industri dari semasa ke semasa menyemak dan menyelaras harga jualan di pasaran terbuka berpandukan kepada data pengeluaran semasa.

Mesti Baca

PENSTRUKTURAN semula subsidi telur yang berkuat kuasa sejak 1 Ogos lalu berjaya menyelesaikan isu bekalan telur ayam di pasaran.

Ini berikutan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mendapati bekalan telur ayam di pasaran mencukupi dan stabil malah pengeluaran tempatan kini melebihi permintaan domestik menurut data dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

KPKM berkata, sejak penstrukturan semula subsidi telur, pihak industri dari semasa ke semasa menyemak dan menyelaras harga jualan di pasaran terbuka berpandukan kepada data pengeluaran semasa.

“Proses pelarasan harga ini adalah sebahagian daripada mekanisme pasaran terbuka, namun tidak menjejaskan jaminan bekalan telur untuk pengguna,” kata KPKM dalam kenyataan hari ini.

Katanya, berdasarkan tinjauan KPKM, bekalan telur Gred A, B dan C masih stabil dan boleh dibeli di pasar raya seluruh negara manakala bekalan telur Gred Khas dengan harga mampu milik turut tersedia dengan kuantiti yang munasabah.

KPKM juga jelas kenyataan itu, akan meneruskan pemantauan terhadap data pengeluaran telur termasuk meneruskan inisiatif Jualan Agro MADANI bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan harga dan tindakan tegas akan diambil di bawah undang-undang sedia ada sekiranya berlaku sebarang aktiviti pencatutan atau manipulasi serta kenaikan harga yang tidak munasabah.

“KPKM sentiasa komited untuk memastikan bekalan telur mencukupi dan terjamin bagi memenuhi permintaan pengguna,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan