29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 14, 2024

Peniaga jual LPG mahal alasan diesel naik harga terima padah

Mesti Baca

SEORANG peniaga gas petroleum cecair (LPG) yang menjual produk itu melebihi harga kawalan atas alasan kenaikan harga runcit diesel membawa padah.

Pihak penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bukan sahaja menyita LPG terbabit tetapi juga beberapa dokumen perniagaan lain.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, tindakan itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] kerana menjual barang kawalan berjadual iaitu LPG 14kg melebihi harga kawalan.

Beliau berkata, ia susulan satu rakaman berkaitan penjualan LPG melebihi harga kawalan yang kawalan yang ditetapkan kerajaan sepertimana tular dalam media sosial.

Menurutnya, hasil siasatan awal ke atas video itu, pihak KPDN telah berjaya mengenal pasti alamat premis dan lokasi lori yang telah membuat penghantaran LPG tersebut iaitu di Bandar Bukit Puchong, Puchong, Selangor.

Azman Adam

“Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya telah melakukan siasatan, bermula kira-kira jam 4 petang pada 15 Jun 2024.

“Pasukan serbuan telah bertindak melakukan uji beli ke atas LPG yang dijual oleh syarikat terbabit bagi mengenal pasti harga jualan sebenar LPG itu.

“Hasil daripada uji beli yang telah dilakukan mendapati, LPG berkapasiti 14kg telah dijual pada harga jualan RM34 setong berbanding harga kawalan yang telah ditetapkan Kerajaan iaitu RM26 setong bagi LPG berkapasiti 14kg.

Advertisements

“Alasan yang diberikan oleh peniaga terbabit menjual melebihi harga kawalan adalah susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh Kerajaan bermula 10 Jun 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, peniaga terbabit turut diberikan Notis Bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] agar mengemukakan maklum balas berhubung harga jualan dan kos LPG yang dijual dalam tempoh 5 hari bekerja kepada pihak KPDN .

Ini berikutan tindakan peniaga tersebut memberikan alasan pelarasan subsidi harga minyak diesel menjadi punca kenaikan harga LPG berkenaan.

Sementara itu Azman berkata, pihaknya telah memeriksa sebanyak 993 premis du bawah Ops Kesan 2.0 yanh bermula 20 Mei hingga semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 209 Notis Bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] telah dikeluarkan kepada peniaga di seluruh negara.

“KPDN ingin memberikan amaran bahawa mana-mana pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga dan caj perkhidmatan akan dikenakan tindakan yang tegasx

“(Ini) terutamanya di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] dan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan/syarikat manakala sehingga RM100,000 bagi individu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” tegas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Buli siber: Letak tanggungjawab kepada pemilik akaun – Gobind

MENTERI Digital, Gobind Singh Deo, mencadangkan undang-undang baharu dipertimbang bagi meletakkan tanggungjawab kepada pemilik platform media sosial atas penyalahgunaannya,...

Lagi Artikel Berkaitan