33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

MRSM: MARA kenal pasti anak B40 menerusi E-Kasih JKM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) telah mengambil inisiatif baharu secara pro-aktif dan turun padang mengenal pasti anak-anak dalam kalangan B40 melalui senarai E-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai tahun ini bagi memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif yang dibuat itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri bagi mereka dipanggil menduduki Ujian Kemasukan Ke MRSM (UKKM), walaupun mereka tidak memohon.

“Sebelum ini, pihak MARA menerima pelbagai tipikal jawapan apabila menghubungi ibubapa dari kalangan golongan berpendapatan rendah dan luar bandar berkenaan tawaran untuk menduduki ujian kemasukan ke MRSM.

“Contohnya, saya ni petani kampung je. Mana pernah saya mohon untuk anak saya ke MRSM!” Kata salah seorang yang dihubungi MARA untuk menawarkan anaknya menjalani Ujian UKKM.

Bagaimanapun, kata Dr Asyraf, di bawah hashtag #MerakyatkanMARA, MARA akan lebih aktif dan proaktif untuk turun padang, mendekati dan menyantuni rakyat pelbagai kelompok.

Advertisements

“Ini bagi mempromosi bermacam-macam inisiatif dari MARA baik dari sektor pendidikan hinggalah kepada pembangunan usahawan agar benar-benar sampai manfaatnya sebagaimana yang disasarkan,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Dr Asyraf dilaporkan berkata, tidak pernah ada dasar menyatakan hanya pelajar miskin boleh memasuki MRSM sejak penubuhan institusi pendidikan itu, tetapi keutamaan tetap diberikan kepada anak daripada golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, dasar MARA menetapkan kuota 60 peratus pelajar MRSM adalah dalam kalangan B40, manakala selebihnya mereka yang layak iaitu lulus UKKM daripada kalangan M40 dan T20.

“MRSM tidak pernah lari daripada tujuan penubuhannya, iaitu melahirkan generasi pelajar yang holistik dalam kalangan Bumiputera yang cemerlang dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan pada masa sama, punya keperibadian yang seimbang berteraskan nilai, adab serta akhlak Islam,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan