29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PM gunakan sidang APEC ketengah penderitaan rakyat Palestin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan ruang semasa Sidang Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 bagi mengetengahkan keadaan serta penderitaan yang menimpa rakyat Palestin.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri yang selamat tiba di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang APEC memaklumkan peluang itu juga akan digunakan bagi meraih dukungan global berkaitan isu Palestin.

Beliau berkata, ia juga penting bagi merangkul serta memperhebat usaha mempermudah akses dan bantuan kemanusiaan serta penyelesaian yang adil.

Pada masa sama, Perdana Menteri juga akan menekankan komitmen Malaysia ke arah memperkukuh kerjasama ekonomi, memantap kemakmuran ekonomi serta memupuk pembangunan yang saksama dan inklusif buat semua.

Advertisements

“Ia juga merupakan peluang terbaik negara untuk menyatkaan perspektif Malaysia mengenai kedudukan ekonomi global semasa.

“Selain itu, mendengar serta memberi pandangan mengenai isu-isu serantau yang mendesak dengan ketua-ketua pegawai eksekutif (CEO) yang berpengaruh, usahawan-usahawan dan para pemimpin APEC,”katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan beliau juga dijadualkan menyampaikan pidato umum berjudul Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia-Pacific – The View from Southeast Asia di Universiti California, Berkeley.

“Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik buat negara dan rakyat,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan