Sunday, July 19, 2026

Penderitaan rakyat Palestin dan tanggungjawab kita sesama Islam

Mesti Baca

Oleh AINA SAHARI

PALESTIN ialah sebuah tanah yang penuh dengan sejarah, tradisi, dan perjuangan. Sejak sekian lama, tanah suci ini telah menjadi medan konflik yang tidak henti, disebabkan oleh penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Sebagai seorang Muslim, saya sangat berasa perlu untuk mengutuk dan mengecam kekejaman Israel terhadap Palestin. Ini bukan hanya isu politik, tetapi berkaitan dengan etika dan keadilan manusia, yang harus dihormati oleh setiap bangsa dan agama.

Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin adalah tidak manusiawi. Setiap hari, kita mendengar laporan mengenai serangan udara, pembunuhan orang-orang tidak bersalah.

Rumah dibom, sekolah menjadi sasaran, bahkan masjid dihancurkan. Kekerasan ini telah berlangsung selama beberapa dekad, dan tiada tanda-tanda berhenti.

Sebagai orang Muslim, kita mempunyai rasa persaudaraan yang sangat dalam terhadap saudara kita di Palestin. Kita memahami tekanan berat yang mereka hadapi dalam perjuangan mempertahankan hak hidup mereka.

Kita juga tahu, Palestin ialah bumi yang dijanjikan oleh Tuhan, dan tindakan Israel menghina hak asasi Palestin.

Kekerasan Israel terhadap Palestin bukan hanya berkaitan dengan pertarungan untuk tanah atau sempadan. Ini adalah perang terhadap identiti bangsa Palestin.

Israel cuba memusnahkan segalanya yang berkaitan dengan Palestin — dari budaya, bahasa, hingga agama. Pendekatan ini jelas merupakan kolonialisme modern, yang tidak mempunyai asas kemanusiaan.

Apa yang lebih menyedihkan, dunia seolah-olah butakan mata terhadap semua ini. Negara-negara besar seperti Amerika Syarikat menyokong Israel tanpa syarat, seolah-olah memberi kebenaran kepada kekejaman.

Sementara itu, mana-mana negara atau suara yang berani menyokong Palestin biasanya dikekang atau direndahkan.

Sebagai orang Musliam, kita tidak akan membiarkan rakyat Palestin menghadapi ini sendirian. Kita perlu berdiri di sisi mereka dan meminta keadilan. Masyarakat antarabangsa harus mengeluarkan suara yang kuat dan jelas.

Kematian setiap nyawa Palestin ialah kehilangan yang tidak terukur, dan kita mesti mengambil tindakan, untuk menghentikan kekejaman ini.

Kita juga harus sedar, isu Palestin bukan hanya isu politik atau agama, tetapi berkaitan dengan hak asasi manusia. Setiap orang, tanpa mengira latar belakang, mempunyai hak untuk hidup dalam damai dan bebas.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia, yang hidup dalam sebuah negara yang pelbagai bangsa dan agama, harus berusaha menjadi jurucakap bagi mereka, sebagaimana semangat keadilan yang diajarkan dalam ajaran Islam.

Sebagai orang Melayu dan Muslim, saya percaya kita tidak boleh membiarkan kekejaman ini berterusan. Setiap orang harus memainkan peranan dalam usaha menghentikan penderitaan rakyat Palestin, sama ada melalui sokongan moral, tindakan politik, atau bantuan kemanusiaan.

Kita tidak boleh tunduk kepada tekanan atau pengaruh luar. Oleh itu, marilah kita bersatu, menuntut keadilan untuk Palestin, membawa perubahan yang diperlukan dan menghentikan kekejaman ini.


Penulis ialah pembantu pengajar di Jabatan Komunikasi Media Baru, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis.

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan