Sunday, July 19, 2026

Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA untuk tempoh dua tahun

Beliau juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesti Baca

BEKAS Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abd Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa hari ini.

Jabatan Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya berkata, pelantikan Tengku Zafrul itu bagi tempoh dua tahun.

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa Perdana Menteri bersetuju melantik Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa 3 Disember 2025 bagi tempoh dua tahun,” kata kenyataan itu.

PMO berkata, selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tokoh perbankan itu dilantik sebagai Menteri Kewangan bertaraf Senator pada Februari 2020 oleh Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun 2022, beliau bertanding di Parlimen Kuala Selangor atas tiket Barisan Nasional (BN) namun tewas kepada Datuk Seri Dzulkefly Ahmad dari Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Anwar telah “menarik semula” Tengku Zafrul menyertai Kabinetnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada 2022 sehingga tempoh dua penggalnya sebagai Senator berakhir hari ini. – Edisi 9

Terkini

Layan ‘final’ Piala Dunia dan Semarak Subuh bersama TPM

PASUKAN mana pilihan anda dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026, awal pagi ini? Sepanyol atau Argentina? Para peminat bola sepak,...

Lagi Artikel Berkaitan