Tuesday, July 21, 2026

Mesir jamin permudah bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza

Jaminan itu dinyatakan sendiri oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi kepada beliau ketika mereka berinteraksi baru-baru ini.

Mesti Baca

MESIR memberi jaminan akan memastikan penyaluran 374 tan bantuan kemanusiaan Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza akan dipermudahkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jaminan itu dinyatakan sendiri oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi kepada beliau ketika mereka berinteraksi baru-baru ini.

“Sewaktu interaksi bersama Presiden Abdel Fattah El-Sisi tempoh hari, saya telah memohon kerjasama beliau bagi memudah cara penyaluran 374 tan bantuan kemanusiaan Malaysia kepada rakyat Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula April ini.

“Alhamdulillah, Presiden El-Sisi memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk memastikan akses ini dipermudah, sekali gus membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang amat memerlukan,” katanya hari ini.

Anwar berkata, Malaysia tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang halangan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan tersebut. 

Beliau berkata, dalam saat dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas.

“Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, Insya-Allah,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan