25.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Nisbah murid-guru di Malaysia di tahap terbaik – KPM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NISBAH murid-guru di negara ini berada di tahap terbaik dengan nisbah bagi sekolah rendah adalah 12.26 pada 2022 manakala nisbah murid-guru untuk sekolah menengah pula ialah 11.33 pada tahun lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, nisbah tersebut adalah lebih baik berbanding satu guru bagi 25 murid di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) sebagaimana yang telah diuar-uarkan sebelum ini.

Jelas beliau, buat masa ini, KPM tidak berhasrat untuk menjalankan kajian bagi nisbah murid-guru.

“Hal ini kerana nisbah murid-guru Malaysia telah berada pada tahap yang baik berbanding negara lain seperti Singapura 13.92, Australia 14.53 dan Finland 13.36 pada peringkat rendah.

“Manakala pada peringkat menengah, nisbah murid-guru bagi negara Singapura ialah 11.48, Australia 11.89 dan Finland 12.39,” katanya menerusi jawapan lisan yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen, hari ini.

Advertisements

Beliau menjawab pertanyaan Wan Hassan Mohd. Ramli (Pas-Dungun) mengenai pelaksanakan konsep satu guru 25 murid di sekolah-sekolah kementerian sebagaimana telah diuar-uarkan sebelum ini.

Fadhlina berkata, berdasarkan data pada 30 September lalu, sebanyak 2,065 daripada 10,233 sekolah adalah Sekolah Kurang Murid (SKM) mengikut kriteria Anggaran Belanja Mengurus (ABM).

“SKM menjadi penyumbang kepada ketidakseimbangan saiz kelas bagi sekolah-sekolah di bandar dan luar bandar. SKM mencatatkan nisbah murid-guru iaitu 5.48.

“Walau bagaimanapun, sebanyak 8,168 sekolah bukan kurang murid mencatatkan nisbah murid-guru bagi peringkat rendah ialah 12.60 manakala peringkat menengah ialah 11.81.

“Nisbah murid-guru bagi bandar dan luar bandar mengikut peringkat sekolah bagi 2022 juga mencatatkan nisbah murid-guru berada pada tahap yang baik bagi kedua-dua peringkat persekolahan di bandar dan luar bandar,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan