26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

FA Inggeris siasat perpindahan Defoe dari Spurs ke Portsmouth

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

FA INGGERIS mengesahkan akan memulakan siasatan terhadap perpindahan penyerang Jermain Defoe dari Tottenham Hotspurs ke Portsmouth pada 2008.

Menurut laporan portal The Times, Spurs mungkin berdepan masalah selepas bukti-bukti yang ada menunjukkan mereka menggunakan ejen tanpa lesen dalam urusan perpindahan yang menyaksikan Defoe berhijrah ke Pompey pada harga RM44 juta.

Ketika itu, FA mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas kelab utara London itu namun badan bola sepak Inggeris itu mendedahkan akan melihat semula kes tersebut.

“Kami sedang melihat kes ini dan penilaian akan dilakukan oleh panel timbang tara,” kata FA Inggeris seperti dilaporkan The Times.

Melanggar peraturan FA berkaitan ejen akan membawa kepada hukuman penolakan mata, penggantungan untuk pengarah kelab dan pelaksanaan penggantungan perpindahan pemain.

Advertisements

“Pendengaran kes ini telah didengar oleh panel bebas pada 15 tahun lalu namun FA tidak mengambil bahagian dalam sesi tersebut.

“Tidak dapat dipastikan sejauh mana maklumat disampaikan kepada FA Inggeris ketika itu malah tiada tindakan disiplin diambil biarpun terdapat pelanggaran serius dalam peraturan, kami akan melihatnya semula,” kata jurucakap FA Inggeris.

Spurs kini menikmati antara permulaan musim terbaik di Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila merekodkan lapan kemenangan daripada 12 perlawanan di bawah bimbingan Ange Postecoglu.

Kelab itu kini ditangga keempat liga, hanya ketinggalan dua mata berbanding pendahulu, Manchester City dengan kutipan 26 mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan