25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

EPL: Spurs kembali ke tahta liga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SON Heung-min dan James Maddison masing-masing menjaringkan gol dalam setiap babak bagi membantu Tottenham Hotspurs menewaskan Fulham, 2-0, awal pagi tadi, sekali gus kembali ke tahta liga.

Lebih menarik lagi, 23 mata yang dikumpul setakat ini di bawah kendalian pengurus, Ange Postecoglou merupakan rekod baharu yang dicatat pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam sembilan perlawanan.

Ia mengatasi rekod terdahulu dengan 22 mata yang dicipta Mike Walker dan Guss Hiddink.

Dalam aksi di Stadium Tottenham Hotspurs, Spurs bermula baik apabila terlebih dahulu merekodkan percubaan tepat ke arah gol menerusi Heung-min namun diselamatkan Bernd Leno.

Pada minit ke-14 menyaksikan giliran penjaga gol Spurs, Guglielmo Vicario mempamerkan ketangkasan selepas menyelamatkan tandukan pemain tengah, Joao Palhinha.

Advertisements

Fulham yang tidak pernah menang dalam 10 aksi setempat London terus mempamerkan corak bertahan di separuh masa pertama.

Gawang mereka akhirnya bocor pada minit ke-36 apabila Heung-min yang menerima hantaran Richarlison, melepasi Tim Ream sebelum melepaskan sepakan lencong melepasi jangkauan Leno.

Pengurus The Cottages, Marco Silva melakukan perubahan di babak kedua dengan membawa masuk Raul Jimenez dan Alex Iwobi.

Namun, Spurs menggandakan jaringan sembilan minit selepas perlawanan bersambung apabila Heung-min menghukum kesilapan Calvin Bassey sebelum menghantar kepada Maddison untuk disudahkan pemain tengah itu.

Fulham cuba bangkit menerusi beberapa percubaan menerusi Jimenez dan Harry Wilson namun sudah terlewat untuk mengekang kemenangan Spurs. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan