26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Banjir: 50 mangsa dipindah ke PPS di Hilir Perak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 50 mangsa banjir daripada 16 keluarga dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan sehingga pukul 7 pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hilir Perak berkata, kesemua mangsa mula dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak sejak pukul 7 malam semalam.

“Bencana banjir ini terjadi akibat dari limpahan air Sungai Sungkai dan kegagalan pam air berfungsi.

“APM Hilir Perak sebagai seketeriat bencana Daerah Hilir Perak telah bertindak awal dengan memantau paras air dan rumah penduduk yang dinaiki air.

Advertisements

“Harapan dan iringan doa semoga bencana banjir ini segera berlalu. Semoga Daerah Hilir Perak dalam lindungan Allah,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Difahamkan tiada jalan terputus akibat banjir yang melanda di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, pelbagai agensi termasuk APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain sentiasa memantau situasi semasa di sana.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan