25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

EPL: Spurs lonjak ke tahta liga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TOTTENHAM Hotspurs meneruskan momentum cemerlang di bawah bimbingan Ange Postecoglu apabila melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menang tipis, 1-0 ke atas Luton Town di Kenilworth Road, sebentar tadi.

Namun, kejayaan tersebut tidak diraih dengan cara yang mudah apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain di sepanjang separuh masa kedua selepas Yves Bissoma dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua pada waktu kecederaan.

Spurs yang hadir ke Luton turut dengan misi mengutip tiga mata penuh menguji benteng tuan rumah dalam 10 minit pertama menerusi tiga percubaan, dua daripada James Maddison manakala satu lagi oleh Richarlison.

Namun, kelab utara London itu gagal menjelma sebarang jaringan di babak pertama sebelum kehilangan Bissouma sebelum menuju ke bilik persalinan.

Advertisements

Beraksi dengan kurang seorang pemain, Postecoglu membawa keluar Richarlison bagi membawa masuk pemain tengah, Pierre-Emile Hojbjerg.

Percaturan pengendali dari Australia itu nyata berhasil apabila pemain pertahanan, Micky van de Ven menolak masuk hantaran Maddison untuk meletakkan Spurs 1-0 di depan pada minit ke-52.

Luton cuba menggandakan asakan mencari gol penyamaan namun ketumpulan jentera serangan memastikan Spurs membawa pulang tiga mata penuh.

Bagaimanapun, kedudukan Spurs di tangga teratas dijangka tidak kekal lama apabila pasukan di tangga kedua, Manchester City akan turun menentang Arsenal esok. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan