27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

BN berjaya sekat Gelombang Hijau di Pelangai

Mesti Baca

KEJAYAAN Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) membuktikan kejayaan parti itu menyekat Gelombang Hijau yang dicanang dan dibanggakan oleh Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Pengerusi BN Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail malahan berkata, ia juga membuktikan bahawa masyarakat Pelangai tidak sesekali terpengaruh dengan kempen agresif pihak PN yang mengamalkan prinsip ‘matlamat menghalalkan cara’.

Ini kerana menurut Naib Presiden UMNO itu, PN sanggup menabur fitnah, memaki hamun, mengadu domba, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah serta memburukkan kerajaan negeri Pahang dalam setiap siri ceramah mereka.

“Kemenangan ini membuktikan bahawa masyarakat di Pelangai begitu matang dan bijak dalam membuat pilihan dan menentukan siapa wakil rakyat yang paling layak untuk mewakili mereka,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang mengulas kemenangan calon BN, Datuk Amizar Abu Adam yang menewaskan wakil PN, Kasim Samat dan seorang calon bebas, Haslihelmy DM Zulhasni dalam PRK Pelangai hari ini.

Advertisements

Amizar memperoleh 7,324 undi, Kasim mendapat 4,375 undi sementara Haslihelmy hanya memperoleh 47 undi.

Wan Rosdy berkata, beliau, BN dan Kerajaan Negeri Pahang akan membantu Amizar bagi memastikan kebajikan , keperluan, dan kesejahteraan masyarakat Pelangai terjaga dan terpelihara.

Wan Rosdy Wan Ismail meraikan kemenangan BN dalam PRK Pelangai bersama para penyokong.

“Tugas dan tanggungjawab kita selepas ini adalah berkhidmat kepada rakyat.

“Saya percaya kemenangan ini membuktikan kebijaksanaan warga Pelangai memilih calon Barisan Nasional untuk membawa suara warga Pelangai di sebagai Dewan Undangan Negeri Pahang.

“Kemenangan Barisan Nasional ini juga adalah isyarat dari warga Pelangai yang mahukan sebuah Kerajaan Negeri yang stabil demi kemakmuran di masa hadapan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan