26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ahmad Shabery terus dalami isu penting peneroka Felda

Mesti Baca

PENGERUSI Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan terus mendalami isu-isu penting dalam kalangan masyarakat peneroka susulan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Mengambil maklum kekalahan Barisan Nasional (BN) di dua daripada tiga kawasan Felda dalam PRK tersebut, beliau berkata, antara isu yang akan diberi perhatian termasuk hal-hal berkaitan pengurusan agensi itu yang menuntut kerjasama antara warga generasi, Felda, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Menurut beliau, pihaknya juga mengambil maklum pelbagai isu dalaman Felda termasuk isu penempatan, lot-lot kediaman dan bekalan elektrik serta air ke rumah-rumah yang telah dibina untuk generasi.

“Isu pengundi Felda di Lembah Klang yang perlu diberi perhatian. Juga mengenai peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi baru yang menjadi isu panas yang perlu dicari penyelesaian bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam PRK DUN Pelangai yang berlangsung hari ini, calon BN iaitu Datuk Amizar Abu Adam menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli dengan majoriti 2,949 undi.

Advertisements

Ahmad Shabery berkata, tiga kawasan Felda yang berada di bawah DUN Pelangai iaitu Kemasul, Chemomoi dan Kemahal.

Dalam PRK tersebut, katanya, BN menang di Felda Chemomoi namun tewas di Kemasul dan Sungai Kemahal yang mana undi yang diperoleh Amizar di dua PDM tersebut kurang berbanding calon PN terutama bagi saluran dua hingga lima.

“Semua saluran ini adalah saluran generasi baharu peneroka. Sebahagian daripada mereka berada di luar kawasan,” kata beliau.

Bagaimanapun, Ahmad Shabery mengucapkan tahniah kepada jentera BN Negeri Pahang di bawah kepimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas kejayaan di Pelangai.

Beliau juga berterima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dalam mempertingkatkan pengetahuan beliau mengenai luahan hati masyarakat Felda sepanjang kempen PRK tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan