30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

DSA 2024: Maritim Malaysia pamer operasi Carilamat secara VR

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal menampilkan konsep infotainment pengoperasian agensi tersebut para Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 yang berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, melalui konsep itu, pengunjung diberikan peluang merasai pengalaman sebagai anggota penguat kuasa agensi yang terlibat dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan di atas bot.

“Ini termasuk force boarding serta operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) dari udara menggunakan kaedah winching melalui penggunaan Virtual Reality (VR),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan persiapan akhir reruai Maritim Malaysia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Turut hadir sama Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohd Shah Rulashari Ahmad Omar.

Advertisements

Ini merupakan kali ketiga penyertaan Maritim Malaysia dalam pameran pertahanan terbesar di rantau ini tersebut.

Saiful Lizan berkata, sempena pameran kali ini Maritim Malaysia turut membawakan beberapa model kapal termasuk replika Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) iaitu Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah yang mula beroperasi pada awal tahun ini selain aset udara untuk dipertontonkan secara terus kepada pengunjung.

Beliau berkata, Maritim Malaysia juga akan menampilkan pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dengan pakaian Army Combat Uniform (ICU) dan Black Multicam.

Mereka akan tampil bersama senjata jenis rifle HK 416, HK UMP dan pistol HK SFP9 SF di samping juruterbang pesawat Maritim Malaysia yang berpakaian lengkap untuk tugasan penerbangan serta pegawai Maritim Malaysia dalam pakaian lengkap untuk operasi di perairan negara.

Saiful Lizan berkata, penyertaan Maritim Malaysia sempena DSA/NATSEC 2024 bagi mempamerkan keupayaan teknologi keselamatan agensi terseburlt serta kesiagaan Malaysia dalam aspek keselamatan maritim dan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) di samping membina hubungan dengan organisasi lain dalam industri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan