27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

Mesti Baca

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan berkuatkuasa April lalu.

Mendahului pertukaran dan pestrukturan semula jawatan ialah Muhamad Zamry Abu Samah yang sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Richiamo Coffee Sdn Bhd dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Sdn Bhd.

Beliau bertanggungjawab terhadap pembesaran, operasi dan memantau hal ehwal anak-anak syarikat iaitu Richiamo Coffee Sdn Bhd, Richiamo Manufacturing Sdn Bhd, Richiamo Mart Sdn Bhd., dan Yayasan Dakwah Negara.

Muhamad Zamry berkata, penstrukturan semula syarikat ini adalah bagi mengukuhkan kedudukan jenama Richiamo di pasaran tempatan selain mengembangkan perniagaan menerusi anak-anak syarikat yang baru ditubuhkan.

“Selepas lapan tahun ditubuhkan, jenama Richiamo hanya dikenali sebagai jenama kopi, dan saya merasakan sudah tiba masanya untuk kami berkembang kepada perniagaan lain yang berkait rapat dengan perniagaan teras Richiamo Coffee,” katanya baru-baru ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, Kumpulan Richiamo merancang untuk bergerak aktif mulai tahun 2024 sebagai sebahagian perancangan untuk perkembangan perniagaan secara keseluruhannya.

Tambahnya, di bawah Kumpulan Richiamo beberapa anak syarikat telah dikenal pasti untuk memulakan operasi masing-masing mulai suku pertama 2024 dan calon-calon berkaliber telah pun dikenal pasti untuk mengetuai anak-anak syarikat ini.

Richiamo Holdings Sdn Bhd turut mengumumkan pelantikan, Wan Najib Wan Daud, sebagai Pengarah Urusan Richiamo Mart Sdn. Bhd berkuatkuasa April 2024.

Advertisements

Sebelum pelantikan ini Wan Najib merupakan pegawai khas kepada Pengarah Urusan Richiamo Coffee, akan mengetuai operasi keseluruhan serta pengembangan dan pembukaan cawangan-cawangan Richiamo Mart di seluruh negara.

Beliau membawa bersama pengalaman luas di dalam pelbagai industri, termasuk media dan permotoran serta korporat. Sebelum menyertai korporat beliau pernah berkhidmat sebagai Wartawan Eksekutif Utusan Malaysia dan pernah menyandang jawatan Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Richiamo Mart merupakan anak syarikat yang baru ditubuhkan merupakan sayap perniagaan baharu dalam segmen runcit yang ditubuhkan dan beliau akan dipertanggungjawabkan terhadap perancangan Richiamo Mart khususnya.

Dijangka menjelang separuh kedua 2024 sebanyak tiga atau empat cawangan Richiamo Mart akan memulakan operasi masing-masing.
Mengetuai semua operasi Richiamo Coffee pula, Nurul Nabilah Muhamad Zamry dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi dan akan mengetuai semua operasi harian rangkaian kopi premium itu juga bermula April 2024.

Sehingga kini Richiamo Coffee telah memiliki lebih 200 cawangan di seluruh negara.

Mengetuai Richiamo Manufacturing Sdn Bhd ialah Lim Boo Hiong, beliau akan memantau operasi pembuatan dan pembekalan bahan-bahan mentah yang akan digunakan oleh anak-anak syarikat Kumpulan Richiamo.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Kewangan DNC Asiatic Sdn. Bhd.

Manakala Nor Zuliyana Ahmad dilantik mengetuai Yayasan Dakwah Negara yang akan memantau semua gerak kerja yayasan yang lebih bertumpu kepada kerja-kerja kebajikan dan juga tanggung jawab sosial korporat untuk Kumpulan Richiamo nanti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan