Wednesday, July 22, 2026

De’Xandra, Richiamo Coffee lancar pewangi udara aroma kopi

Koleksi eksklusif ini menampilkan empat pilihan bauan yang diinspirasikan oleh minuman kopi popular, iaitu Caffe Latte, Americano, Mochaccino dan Barista...

Mesti Baca

DUA jenama tempatan yang cukup dikenali dalam industri gaya hidup dan minuman, De’Xandra dan Richiamo Coffee, melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan koleksi pewangi udara (air freshener) beraroma kopi yang pertama seumpamanya di negara ini.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Richiamo Coffee, Menara MATRADE itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, sekali gus mengiktiraf potensi besar kerjasama strategik antara kedua-dua jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Koleksi eksklusif ini menampilkan empat pilihan bauan yang diinspirasikan oleh minuman kopi popular, iaitu Caffe Latte, Americano, Mochaccino dan Barista dengan setiap satunya membawa karakter tersendiri yang mampu mencetuskan emosi dan memori unik kepada pengguna.

Pewangi udara ini bukan sahaja sesuai untuk digunakan dalam kenderaan, malah turut serasi untuk bilik tidur, almari pakaian mahupun ruang kerja, mewujudkan suasana seakan-akan berada di dalam sebuah kafe premium, di mana jua.

Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Safwan Ismail berkata, kolaborasi ini bukan sekadar penghasilan produk semata-mata, malah merupakan satu pengalaman olfaktori yang menyentuh deria rasa dan emosi pengguna.

Pelancaran pewangi udara aroma kopi hasil kolaborasi antara De’Xandra dan Richiamo Coffee di MATRADE Kuala Lumpur hari ini.

“Kami mahu membawa satu bentuk kenangan dan ketenangan dalam setiap semburan pewangi ini. Ia bukan sekadar bau, ia adalah cerita,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Richiamo Coffee, Datuk Muhamad Zamry Abu Samah pula berkata, kolaborasi ini merupakan usaha untuk membawa nilai jenama kopi tempatan ke dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

“Kami bangga kerana kini aroma kopi bukan hanya dinikmati dalam cawan, tetapi juga dalam bentuk haruman yang eksklusif,” ujarnya.

Koleksi pewangi De’Xandra ✕ Richiamo Coffee kini boleh didapati di semua cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara, Richiamo Mart, ejen sah De’Xandra serta laman web rasmi kedua-dua jenama.

Dengan harga RM12.90 seunit, produk ini disasarkan sebagai pewangi harian mampu milik, sesuai untuk dijadikan hadiah, kegunaan peribadi atau sebagai koleksi haruman eksklusif bagi pencinta kopi dan gaya hidup moden. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan