24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Richiamo Coffee dianugerahkan Brand of The Year 2022

Richiamo Coffee kini mempunyai cawangan hampir 140 buah dan satu cawangan di Siem Reap Kemboja.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd., pemilik rangkaian Richiamo Coffee di seluruh negara telah dianugerahkan Brandof The Year 2022 – WorldMuslimPreneuer baru-baru ini yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn. Bhd., Muhamad Zamry Abu Samah berkata, anugerah tersebut merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada Richiamo Coffee sejak mula beroperasi tahun 2015.

“Sesungguhnya anugerah ini amat bermakna kepada seluruh keluarga Richiamo Coffee di seluruh negara yang kini mencecah hampir 140 cawangan dan satu cawangan di Siem Reap Kemboja,” katanya di sini baru-baru ini.

Anugerah tertinggi di dalam kategori tersebut telah disampaikan oleh Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rostam.

Di majlis anugerah tersebut beberapa anugerah lain turut diberikan kepada individu dan organisasi serta pertubuhan yang menunjukkan pencapaian serta prestasi yang luar biasa sepanjang tahu 2022 dan juga sumbangan diberikan kepada industri serta orang ramai.

Antara anugerah yang disampaikan ialah Jenama Paling Dipercayai, Jenama Pilihan Pengguna, Jenama Pencapaian Luar Biasa, Jenama Paling Unggul, Jenama Paling Berpengaruh dan lain-lain.

Muhamad Zamry berkata, beliau seakan-akan tidak percaya apabila Richiamo Coffee dipilih untuk menerima anugerah tersebut memandang terpaksa bersaing dengan jenama-jenama terkenal dan lama serta berpengaruh.

Advertisements

“Pemilihan Richiamo Coffee membuktikan jenama tempatan juga mampu bersaing dengan jenama-jenama lain yang telah lama bertapak di dalam industri,” katanya.

Sementara itu, penganjur WorldMuslimPreneuer berkata, pihaknya mengiktiraf pencapaian dalam sektor yang berkembang pesat ini di mana perniagaan dan keusahawanan Muslim terbabit secara langsung di dalam industri masing-masing.

“Pencapaian terkini dan memberi pengiktirafan dalam platform rangkaian dan peluang peringkat tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, anugerah ini adalah untuk terus meraikan pencapaian usahawan dan jenama di dunia perniagaan Muslim selain menyediakan platform untuk rangkaian peringkat tinggi dan liputan media untuk sektor yang luas ini.

“Anugerah-anugerah yang disampaikan ini sentiasa diiktiraf oleh kementerian yang berkenaan bagi memastikan kesahihan anugerah dan akreditasi,” ujarnya.

Hampir 100 tetamu yang hadir dari pelbagai latar belakang perniagaan dan industri di negara ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan