Tuesday, July 21, 2026

PPKI SMK Kota Masai terima Anugerah Khas Sekolah ‘Showcase’

Pengiktirafan itu hasil kerja keras serta dedikasi seluruh warga PPKI yang sentiasa komited mendidik dan membimbing murid dalam suasana pembelajaran yang inklusif dan menyeronokkan - Pengetua 

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

PROGRAM Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai terus membuktikan kecemerlangan apabila menerima Anugerah Khas Sekolah Showcase sempena Majlis Apresiasi Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang baru-baru.

Anugerah berprestij itu sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang sekolah tersebut dalam memperkenalkan pelbagai pembaharuan, amalan baik, pendidikan berkualiti serta pencapaian tinggi murid yang dinilai memberi impak besar terhadap dunia pendidikan khas. 

Pengetua SMK Kota Masai, D. Subramaniyan berkata, pengiktirafan itu hasil kerja keras serta dedikasi seluruh warga PPKI yang sentiasa komited mendidik dan membimbing murid dalam suasana pembelajaran yang inklusif dan menyeronokkan. 

“Ia juga membuktikan bahawa murid berkeperluan khas mampu mencapai potensi tinggi jikadiberikan ruang, sokongan dan bimbingan yang tepat,” katanya selepas majlis tersebut, baru-baru ini.

Majlis Apresiasi Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang diadakan setiap tahun sebagai platform menghargai kecemerlangan sekolah, guru serta murid dalam pelaksanaan program pendidikan khas. 

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan), Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Surieyani Samsudin. 

Sementara itu, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Jamilah Ali menganggap anugerah itu sebagai  pemangkin semangat untuk terus meningkatkan kualiti program pendidikan khas pada masa hadapan.

“Kami komited untuk terus menghasilkan pendekatan baharu serta memperkukuh latihan kemahiran bagi memastikan murid mampu berdikari dan bersedia menghadapi kehidupan sebenar,” katanya. — Oleh ROZAK HADI/Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan