Thursday, July 23, 2026

Raih dua anugerah: Denco mahu teroka pasaran antarabangsa

Mesti Baca

KUMPULAN Denco, pengeluar komponen automotif tempatan merancang untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi mengukuhkan lagi kedudukannnya di rantau ini.

Keyakinan itu hadir setelah Kumpulan Denco berjaya meraih dua anugerah dalam Anugerah Automotif Asia 2024 yang berlangsung baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Denco, Ooi Chuan Chin berkata, penghargaan tersebut mengesahkan komitmen mereka dalam memajukan ekosistem automotif Malaysia. 

“Kejayaan Denco berpunca daripada fokus berterusan kami terhadap inovasi, perpaduan dan penyelesaian berorientasikan pelanggan. Kami berbesar hati menjadi penanda aras  aras baharu dalam industri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anak syarikatnya, Denco Industries Sdn Bhd dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Pembuatan Komponen Automotif (Kecemerlangan dalam Segmen Automotif) manakala Denco Marketing Sdn Bhd menerima Anugerah Kecemerlangan Produk Pasaran-Selepas Automotif (Kecemerlangan Produk & Perkhidmatan).

Chuan Chin berkata, kejayaan berganda itu menyerlahkan kepimpinan Denco dalam penghasilan produk dan penyelesaian berasaskan pasaran, sekaligus mengukuhkan lagi pengaruh Malaysia dalam sektor automotif serantau.

Katanya, dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun, Kumpulan Denco telah membina reputasinyasebagai pengilang dan pengedar komponen automotif berasaskan getah berkualiti tinggi.

“Dengan rangkaian yang luas di seluruh negara, Kumpulan ini terus membuktikan keupayaannya untuk menghasilkan komponen berkejuruteraan tepat, sambil mengekalkan piawaian kualiti yang ketat,” katanya.

Beliau berkata, Denco Industries menerajui bahagian pembuatan kumpulan dengan pengunaan teknologi canggih dan sistematik bagi menghasilkan komponen automotif yang tahan lasak serta diiktiraf piawaian ISO. 

Sementara itu, Denco Marketing memacu penembusan pasaran domestik melalui perkongsian strategik bersama pengedar dan peruncit, memastikan aksesibiliti serta perkhidmatan kecemerlangan di seluruh negara. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan