30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Gempak Most Wanted Awards kembali, bawa tema Y2K

Mesti Baca

ANUGERAH berprestij Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 kembali lagi dan bakal berlangsung pada 25 Februari depan.

Mengumumkan finalis Top 5, kali ini sembilan kategori bakal dipertandingkan.

Acara kemuncak itu bertujuan mengiktiraf personaliti serta bakat-bakat pencipta kandungan digital terkemuka dari pelbagai latar belakang.

Dengan tagline ‘Terpaling Trending!’, calon-calon Top 5 ini adalah pilihan pengguna media sosial pada undian fasa pertama dari 30 November hingga 30 Disember 2023 yang lalu menerusi laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com.

Menampilkan tema Y2K, GMWA 2023 akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.

Antara yang tercalon dalam senarai Top 5 GMWA 2023 termasuklah Amir Ahnaf, pelakon popular yang telah menambat hati ramai peminat dalam kategori ‘Selebriti Digital Tergempak’, bersama-sama Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Meerqeen dan Amir Masdi.

Runut bunyi filem pecah panggung, Polis Evo 3 yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri bertajuk Ayuh, turut tercalon dalam kategori iaitu ‘Lagu/Audio Tergempak’, diikuti dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Pergilah Cinta (Danial Kifli), Test Drive (Firdaus Rahmat)  dan audio Makcik Dodoi (@chemass_kaklong). 

Pempengaruh resepi masakan kegemaran rakyat Malaysia, Che Nom turut bersaing dalam acara anugerah ini dalam kategori ‘Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak’ bersama Amin  & Abid Othman, Auntie Purple, Nelysa Norazlan  dan juga Ow To The Zie. 

Selain calon Top 5 GMWA 2023, turut diperkenalkan barisan hos yang akan mengemudi malam anugerah.

Amelia Henderson dan Sean Lee, selaku hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted akan digandingkan bersama Zizan Razak dan Sherry Alhadad. 

Advertisements

Undian calon Top 5 bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 17 Januari, jam 6 petang sehingga 25 Februari 2024, jam 12 tengahari. 

Pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2023. 

Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.

Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan peminat.

Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.

Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+.

Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial.

Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva Nusantara.

GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.

Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari nanti. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan