Tuesday, July 21, 2026

Raih APEA, YWM angkat Malaysia sebagai hab wakaf global

Anugerah tersebut sekali gus meletakkan YWM di pentas antarabangsa sebagai peneraju inovasi wakaf, seiring aspirasi Malaysia Madani...

Mesti Baca

YAYASAN Waqaf Malaysia (YWM) terus mengharumkan nama negara apabila meraih pengiktirafan berprestij Asia Pacific Enterprise Awards (APEA) 2025 bagi kategori Inspirational Brand yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Anugerah tersebut sekali gus meletakkan YWM di pentas antarabangsa sebagai peneraju inovasi wakaf, seiring aspirasi Malaysia Madani yang menekankan kesejahteraan, keadilan sosial dan kemampanan.

Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Dr. Ridzwan Bakar berkata, kejayaan itu hasil sokongan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mempercayai wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi negara.

Beliau berkata, pihaknya komited menjadikan Malaysia sebagai hab wakaf terkemuka dunia menerusi pelbagai inisiatif berimpak tinggi di bawah Pelan Al-Falah.

“YWM akan terus melangkah ke hadapan dengan visi menjadikan Malaysia sebagai hab wakaf terkemuka dunia dan usaha ini perlu mendapat sokongan berterusan daripada semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ridzwan berkata, sejak ditubuhkan, YWM melaksanakan strategi menyeluruh termasuk pembangunan hartanah wakaf, pendidikan, kesihatan, kelestarian alam sekitar serta kerjasama pintar bersama sektor awam dan swasta.

Katanya, pendekatan inovatif itu bukan sahaja menjadikan wakaf sebagai pemangkin ekonomi inklusif, malah memberi manfaat kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Anugerah APEA 2025 sekali lagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai model unggul dalam mengangkat wakaf ke peringkat global,” katanya. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan