27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kosas sasar buka 100 cawangan Richiamo Coffee

Koperasi-koperasi yang mahu membuka Richiamo Coffee akan diberi geran daripada SKM sebanyak RM200,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KOPERASI Serbaguna Anak-anak Selangor (Kosas) menyasarkan untuk membuka 100 cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Kosas yang baru dilantik sebagai Master Lisencee bagi segmen koperasi oleh Richiamo Coffee meletakkan sasaran tersebut yang bakal dikendalikan oleh koperasi-koperasi yang berminat menjalankan perniagaan kedai kopi.

Pengerusi Kosas, Datuk Mohd Aini Mohd Taib berkata, Kosas melihat potensi untuk berkembang perniagaan kedai kopi ini amat luas ditambah dengan bantuan dari kerajaan terutamanya Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

“Bayangkan ketika ini jumlah keseluruhan koperasi di seluruh negara lebih kurang 14,000 buah, Kosas menawarkan satu sumber pendapatan baru untuk mereka ini dengan tawaran yang amat berbaloi.

“Untuk menjalankan perniagaan kedai kopi ini, koperasi tidak perlu mengeluarkan modal kerana SKM memberi geran RM200,000 manakala RM100,000 lagi boleh dapatkan pinjaman,” katanya.

Mohd Aini Taib (kiri) dan Muhammad Zamry Abu Samah bertukar dokumen perjanjian pelantikan sebagai Master Lisencee Richiamo Coffee di Kelana Jaya.

Menurut beliau, pelantikan Kosas sebagai Master Lisencee itu adalah bagi meneroka peluang perniagaan untuk koperasi-koperasi yang berminat untuk membuka perniagaan Richiamo Coffee sebagai sumber pendapatan kepada para ahli mereka.

“Jumlah koperasi tersebut meliputi koperasi-koperasi sekolah, koperasi pertubuhan, koperasi keluarga, koperasi kakitangan awam dan swasta dan lain-lain.

Bagi memudahkan pembukaan Richiamo Coffee oleh koperasi-koperasi ini, Mohd Aini berkata, Kosas akan membuka jalan dengan memberi bantuan khidmat nasihat serta bantuan kewangan dari SKM dan juga Bank Rakyat.

Dalam pada itu, di majlis tersebut, Kosas turut menyampaikan surat tawaran kepada lima koperasi untuk menjalankan perniagaan Richiamo Coffee.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar selaku perasmi cawangan Richiamo Coffee di Kelana Jaya yang dimiliki oleh Kosas.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan